1.0 PENDAHULUAN
Pada zaman global kini, hari berganti hari, minggu
berganti minggu bulan berganti bulan,
tahun berganti tahun aqidah umat Islam
semakin meruncing dan sangat kritikal. Bagi manusia yang terlalu mengikut hawa nafsu
dan tidak menggunakan nikmat akal dengan sempurna yang dikurniakan oleh Ilahi
akan mudah terpengaruh oleh godaaan duniawi. Menurut Dr. Muhammad & Syeikh Abdullah
(2002) Rasulullah s.a.w bersabda yang
bermaksud :
“Apalah ertinya dunia! Sesungguhnya
perumpamaan dunia itu seperti seorang pengembara yang istirihat berteduh di
bawah naungan pohon yang besar.”
Pandangan manusia terhadap kebendaan lebih besar berbanding usaha untuk
mencari keredhaan Allah S.W.T. Hal ini menyebabkan keruntuhan akidah umat
manusia semakin parah dan kritikal. Corak
kehidupan masyarakat juga telah mengalami perubahan demi perubahan seiring
dengan perkembangan yang berlaku, baik perkembangan pesat dunia teknologi, politik,
ekonomi mahupun sosial. Perubahan sosial
yang berlaku dalam kalangan masyarakat Islam khususnya, harus mendapat
perhatian kerana diselimuti kebimbangan merebaknya gejala-gejala negatif dalam
kehidupan dan jiwa masyarakat Islam yang harmoni. Perubahan ini juga menyebabkan manusia semakin
alpa dengan tuntutan agama yang sebenar-benarnya.
Oleh itu, manusia perlu kembali kepada agama islam
yang berpegang teguh kepada akidah yang kukuh.
Selain itu, manusia hendaklah kembali kepada kitab Allah S.W.T ( al-Quran ) dan sunnah Nabi kita ( al-Hadis
) dan seterusnya kepada ijma’ kaum Muslimin atau persepakatan atau yang
diertikan dalam pengertian persepakatan itu.
Manusia tidak boleh mengada-ngadakan sesuatu yang baru dalam agaman
Allah, iaitu dalam urusan – urusan yang manusia tiada diizinkan. Manusia tidak boleh mengatakan sesuatu
terhadap Allah padahal kita tiada mengetahui ( Imam Ghazali, 1988 ).
2.0 KONSEP AKIDAH
Aqidah dari segi bahasa :
Kepercayaan
yang kukuh dalam hati
Perkataan
akidah ungkapan bahasa Arab ‘aqada’, ya’aqidu, aqdan yang bermaksud simpulan
atau ikatan kepercayaan atau keyakinan ( Kamus Dewan, 2000).
Dari segi istilah :
Kepercayaan
dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah s.w.t serta sifat
kesempurnaan berdasarkan dalil naqli dan aqli. Keyakinan terhadap aqidah yang sempurna lahir
dari kepercayaan dan keyakinan yang teguh dan
disertai dengan uacapan dua kalimah syahadah, dan dibuktikan dengan melaksanakan segala
perintah Allah SWT dan meninggalkan laranganNya.
Biasanya ikatan atau simpulan ini berlaku
pada benda yang dirasa seperti tali dan seumpamanya. Tetapi perkataan ini
digunakan seperti perjanjian dan seumpamanya. Dari ikatan atau simpulan maknawi yang
terkhusus dalam ideologi atau kepercayaan.
Aqidah boleh difahamkan sebagai kepercayaan yang
terikat kuat dalam jiwa sehingga tidak mungkin tercerai atau terurai. Aqidah boleh ditakrifkan sebagai kepercayaan
yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki lagi qudus dan suci seperti
yang diwajibkan dalam Islam selaras dengan ayat al-Quran yang bermaksud:
“ maka
sesiapa yang kafirkan taghut dan beriman kepada Allah, sesunggguhnya telah
berpegang teguh dengan simpulan tali yang kukuh dan tidak terputus. Dan
Allah Maha Mendengar lagi Maha mengetahui.”
Menurut Bey Arifin ( 1982 ), Agama Islam seperti
sebatang pokok kayu kerana mempunyai dua ajaran. Ajaran pertama mengenai kepercayaan ( Iman )
yang dinamakan Rukun Iman iaitu:
i
) Percaya tentang adanya Tuhan yang
menciptakan seluruh alam
ii
) Percaya tentang adanya Malaikat, maklhuk
ghaib yang selalu menjaga
alam
ini.
iii)
Mempercayai semua Rasul yang diutuskan Allah kepada manusia untuk
mengajarkan agama yang benar.
iv)
Mempercayai semua Kitab Suci Allah yang diturunkan kepada Rasul-rasul
itu.
v) Percaya
bahawa semua manusia yang sudah mati akan dihidupkan
kembali
di Alam Akhirat, hidup yang kekal dan abadi, dimana semua
perbuatan manusia selama hidup di dunia ini diperhitungkan dan dibalas
dengan
balasan yang setimpal.
vi) Percaya
terhadap Qadha, iaitu bahawa semua apa yang terjadi itu adalah
dengan
kekuasaan Allah semata.
Rasulullah s.a.w. menjawab mengenai iman melalui
sabdanya:
“ Beriman
dengan Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari
akhirat, dan beriman dengan takdir baik dan jahat.”
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
( Riwayat Bukhari dan Muslim )
Selain itu, untuk mengukuhkan akidah yang jitu dan
padu manusia perlu melakukan lima perkara yang dinamakan Rukun Islam iaitu:
i )
Mengucap dua khalimat syahadat, iaitu bermaksud:
“ Aku mengakui tidak ada Tuhan selain
Allah, dan aku mengakui
bahawa Muhammad adalah Rasul ( pesuruh )
Allah.”
ii)
Mengerjakan shalat ( sembahyang ) lima waktu sehari semalam
iii)
Mengerjakan puasa di bulan Ramadhan.
iv)
Mengeluarkan zakat harta setelah sampai senisab sekali setahun.
v)
Mengerjakan Ibadat Haji ke Makkah sekali seumur hidup, bagi
yang
mampu.
Menurut Hadit
Sabain (2007), Abu
Abdurrahman Abdullah bin Umar bin
Al-Khottob radiallahuanhuma dia berkata : Saya mendengar Rasulullah
Shallallahu’alaihi wasallam bersabda bermaksud:
“Islam dibangun diatas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada Ilah
yang berhak disembah selain Allah dan bahwa nabi Muhammad utusan Allah,
menegakkan shalat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan.”
(Riwayat Tirmizi dan Muslim)
(Riwayat Tirmizi dan Muslim)
Islam
adalah aqidah dan amal perbuatan. Tidak bermanfaat amal tanpa iman demikian
juga tidak bermanfaat iman tanpa amal.
Oleh itu, Islam seperti pokok kayu. Rukun Iman sebagai urat atau akar, sedangkan Rukun Islam sebagai batang, dahan,
dan ranting. Bila urat atau akar kayu
tidak hidup, tidak kuat, tidak terunjam jauh ke perut bumi, atau akar itu tidak
mendapat tanah yang subur atau kurang pupuk, maka akibatnya pokok kayu itu akan
hidup merana atau mati samasekali. Sekiranya terus hidup akan kelihatan batang,
dahan dan rantingnya tidak hidup subur ( Bey Arifin Arifin, 1982 ).
2.1 Hubungan manusia dengan Allah (
HablumminAllah )
Selain itu, kekuatan akidah yang teguh dapat
dilihat melalui hubungan manusia dengan Allah S.W.T ( hablumminallah ) iaitu
bagaimana kecintaan dan keabdian manusia terhadap Maha Pencipta. Keyakinan terhadap sifat-sifat Allah S.W.T
dan menurut perintah suruhan-Nya.
Menurut Imam Ghazali ( 1988 ), Akidah para ahlis-
sunnah terhadap Zat Allah Ta’ala yang Maha Suci, ialah Allah itu Tuhan yang Esa tiada sekutu bagiNya.
Dia Qadim ( lama) tiada awal bagi wujudNya. Dia Kekal tiada luput samasekali, Dia masih
bersifat keagungan dan sifat keagungan
ini akan berterusan, tiada akan musnah atau terputus dengan terluputnya
bergai-bagai abad, atau berlalunya bermacam-macam waktu.
2.2 Hubungan manusia dengan manusia ( hablumminannas )
Hubungan manusia dengan manusia ( hablumminannas )
penting untuk mendapat kemantapan akidah.
Hubungan ini diwujudkan untuk
mendapat keredhaan Tuhan yang Maha Pemberi.
Jauhilah, permusuhan, dendam dan hasad. Ketahuilah bahawa hasad adalah perbuatan tercela
yang hanya mendatangkan kesusahan dan kesengsaraan bagi perlakunya. Sesiapa mengingkari nikmat Allah yang telah
dikurniakan kepadanya, maka dia tidak akan beroleh bahagian nikmat-Nya.
(Dr Muhammad & Syeikh Abdullah, 2002).
Menurut Bey Arifin ( 1982 ), kebaikan budipekrti,
sudah tidak sepi lagi keutamaannya dalam agama, sebab dengan sifat inilah Allah
SWT telah memuji NabiNya alaihis-salam
dalam firmannya yang bermaksud:
“ dan
sesungguhnya engkau memiliki budipekerti yang luhur.”
( al-Qalam:
4 )
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“
kebanyakan sebab yang memasukkan manusia ke dalam syurga, ialah taqwa kepada
Allah dan kebaikan budipekerti.”
3.0 PENJAGAAN DAN CARA MEMANTAPKAN AKIDAH
3.1 Amalan rohani ( Roh )
Penjagaan
dan cara memantapkan akidah merupakan asas kepada pembinaan Islam pada diri
seseorang. Ia merupakan inti kepada amalan Islam seseorang dalam
kehidupan. Seseorang yang tidak memiliki
akidah menyebabkan amalannya tidak mendapat pengiktirafan oleh Allah SWT.
Ayat-ayat
yang terawal yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad saw di Makkah
menjurus kepada pembinaan akidah.
Menurut
Dr
Muhammad & Syeikh Abdullah (2002), Allah berfirman yang bermaksud:
“...bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa
kepada-Nya....”
(
Ali Imran : 102 )
3.1.1 Kepercayaan
kepada Allah s.w.t
Kepercayaan
kepada Allah SWT merupakan tunjang
kepada iman seseorang hamba kepada Rabnya.
Kepercayaaan ini merupakan kesaksian hamba kepada Pencipta. Kesaksian
ini menjadi ikatan penting untuk keutuhan dan keteguhan akidah seseorang hamba.
Menurut
Bey Arifin ( 1982 ), Rukun Iman yang pertama ialah kepercayaan atau keimanan
kepada Allah ( al-Imaanu Billah ) yaitu urat tunggangn keimanan, sumber segala
macam kepercayaan dalam Agama Islam.
Bila kepercayaan kepada Allah ini lemah, maka akan lemahlah segala segi
keagamaan seseorang.
Firman
Allah s.w.t yang bermaksud:
“ sesiapa berpaling dari mengingat
Allah. ( yaitu lupa sampai tidak ingat samasekali terhadap Allah ), pasti
kesempitan dalam kehidupan sebagai akibatnya dan Kami akan himpunkan mereka di
hari kiamat dalam keadaan buta.”
( Thaha: 124 )
3.1.2 Mengingati mati
Kehidupan di dunia yang panah ini hanya sementara
sahaja. Hal ini kerana setiap yang
bernyawa akan mati dan menemui Allah SWT.
Oleh itu, seseorang wajib membuat persediaan untuk bertemu Allah SWT di
akhirat kelak. Keadaan ini kemantapan
akidah seseorang berkait rapat dengan keyakinan terhadap kehidupan yang kekal
abadi yang telah dijanjikan Allah SWT terhadap hamba-hambaNya.
Menurut Bey Arifin ( 1982 ), adalah satu hal yang sulit dapat dimengertikan oleh sebahagian
orang, kenapa agama ( Islam ) menyuruh ummatnya untuk sering mengingati mati,
sedangkan mati itu adalah satu perkara yang tidak menarik hati atau mengembirakan, tetapi adalah satu
perkara yang amat mengerikan dan
menegakkan bulu roma. Hal ini kerana, di
saat semua makanan dan minuman sudah berasa pahit semuanya, semua sanak dan
keluarga sudah putus harapan untuk memberi pertolongan, apalagi kalau doktor
sudah mulai menggelengkan kepalanya, maka di saat itu putuslah hubungan kita
dengan seluruh alam ini. Seluruh alam
yang luas ini tidak ada kenderaan, pangkat dan kekuasaan, doktor dan
ubatan-ubatan, semua itu sudah tidak berguna buat kita.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“
Ingatlah! Bila roh sudah sampai di kerongkongan ( hampir mati ) dan semua
manusia yang hadir menyaksikan sudah sama kehilangan akal dan bertanya:
Siapakah gerangan yang dapat menolongnya.
Akhirnya si penderita sendiri yakin yang ajalnya sudah dekat, dan ketika
itu mulailah dia dibelit kepayahan demi kepayahan. Maka kepada Tuhanlah di hari itu tempat kamu
kebali. Maka alangkah sengsaranya bila di kala sihatnya
dia tidak percaya Tuhan dan tidak mengerjakan shalat, bahkan dia malah
mendustakan Tuhan dan memaling muka, kemudian dia kembali ke tengah keluarganya
dengan berlagak sombong. Maka kecelakaan
besarlah bagimu. Sekali lagi kecelekaan
besarlah bagimu dan kecelekaan besar.”
( al-Qiamah : 26-35 )
3.1.3 Sentiasa berzikir
Allah berfirman dalam hadis Qudsi yang
bermaksud:
“ Wahai anak Adam, jika kamu berzikir
(ingat) kepadaKu di dalam hatimu nescaya Aku akan ingat kepadamu dalam diriKu,
dan jika kamu berzikir kepadaKu di khayalak ramai, niscaya Aku akan ingat
kepadamu di khayalak ramai yang lebih baik daripadanya, dan jika kamu
menghampiri Aku sejengkal, niscaya aku akan menghampiri kamu sehasta, dan jika
kamu menghampiri Ku sehasta, niscaya Aku akan menghampirimu sedepa, dan jika
kamu menghampiriKu dengan cara berjalan, niscaya Aku akan menghampirimu dengan
cara berlari.”
(Hadis riwayat Imam Bukhari)
Maksud zikir manusia kepada Tuhannya di
dalam dirinya ialah zikir lisan dan zikir hati. Sedangkan zikir manusia kepada Tuhannya di
khayalak ramai maksudnya ialah amal iaitu melaksanakan hukum-hakam Allah di
atas permukaan bumi ini. Oleh sebab itu zikir
kepada Allah tidaklah terbatas pada waktu-waktu tertentu, tetapi semua waktu
adalah sesuai untuk berzikir. Oleh sebab
itu sekiranya manusia menginginkan agar hidupnya senantiasa diberkati dan
dicucuri rahmat oleh Allah SWT mereka hendaklah senantiasa berzikir kepada
Allah ( Dr. Abdullah, 2007 ).
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“ Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah kamu kepada Allah,
(dengan) zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu
pagi dan petang .
(al-Ahzab: 41-42)
Dalam ayat ini menunjukkan orang yang
beriman perlu memperbanyakkan berzikir dan berdoa dengan Allah supaya tidak
lalai. Ayat ini juga menyuruh manusia
sentiasa mengigati Allah SWT dalam apa
jua keadaan dalam kehidupan seharian.
Amalan ini dapat meningkatkan keimanan dan kemantapan akidah seseorang
hamba kepada Maha Pencipta.
3.1.4 Sentiasa membaca al-Quran
Salah satu perkara yang boleh menjaga dan
memantapkan akidah seseorang hamba kepada Allah ialah membaca Al-quran. Rasulullah s.a.w telah meninggalkan dua
perkara yang menjadi sumber rujukan ummatnya ialah al-Quran dan
as-Sunnah.
Menurut Dr Muhammad & Syeikh Abdullah (2002),
ubatilah penyakit-penyakit hati dengan makna al-Quran itu, kerana ia adalah
ubat yang boleh memberi manfaat kesembuhan penyakit hati itu. Di
samping merupakan alat utama untuk mencapai kebahagian hidup di dunia dan
akhirat. Al-Quran adalah tali Allah yang kukuh, yang terang benderang
cahayanya, yang terkandung di dalamnya jalan hidup yang lurus dan benar.
Menurut Imam Ghazali ( 1988 ), Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“
Sesungguhnya Kami ( Allah ) menurunkan peringatan ( al-Quran ) dan Kami pasti
memeliharanya.”
( al-Hijr: 9 )
Namun, adab dalam membaca al-Quran perlu dititik
beratkan untuk menghormati dan mendapat keberkatan kitab suci ini.
Ibnu Abbas r.a berkata yang bermaksud :
“Bagiku
jika membaca surah al-Baqarah dan surah ali-Imran dengan penuh tartil dan
memahami semua maksud-maksudnya, adalah lebih aku utamakan daripada membaca
seluruh al-Quran secara sambil-lalu saja.” (Imam Ghazali, 1988).
3.1.5 Ilmu pengetahuan
Ilmu pengetahuan merupakan kunci kepada penjagaan
dan kemantapan akidah seseorang hamba kepada yang Maha Pengasih dan
Penyayang. Ilmu ini memandu kita kearah amalan-amalan
yang kita lakukan tidak terpesong daripada akidah yang sebenar-benarnya.
Menurut Bey Arifin, ( 1982 ), selain mendapat rezeki dan jalan keluar,
orang yang beriman dan taqwa terhadap Allah, yaitu orang yang tak ragu
sedikitpun tentang Allah dan kekuasaanNya, serta patut taat dengan menjalankan
segala perintah dan menghentikan segala larangan Allah, akan mendapat petunjuk
( hidayat ) dan pengetahuan dari Allah.
Firman Allah yang bermaksud:
“ Hai
orang yang beriman, taqwalah kamu terhadap Allah, maka Allah akan member kamu
pengetahuan.”
( Al-Anfal : 29 )
3.2 Amalan fizikal ( Jasmani )
Selepas seseorang memantapkan akidah melalui amalan
rohani seterusnya kita akan mengamalkan amalan tersebut melalui amalan
fizikal. Amalan ini merupakan amalan
seseorang hamba yang sentiasa lakukan dan boleh dilihat oleh sesiapa pun. Selain itu, amalan fizikal kesinambungan
daripada keyakinan kita kepada Allah SWT di dalam hati dan diterjemahkan
melalui amalan-amalan wajid atau sunat.
3.2.1 Mengerjakan solat
Mengerjakan solat merupakan salah satu amalan
fizikal bagi menjaga dan memantapkan akidah seseorang. Solat terbahagi kepada dua iaitu solat wajid
dan solat sunat. Solat wajib lima waktu
sehari semalam sepertimana yang terkandung dalam Rukun Islam. Manakala
solat sunat merupakan amalan-amalan tambahan daripada solat wajid.
Menurut Fatimah & et.al (2009 ), Dalam agama
Islam, sembahyang atau solat adalah tiang agama dan merupakan ibadat wajib yang
perlu dilakukan pada masa, keadaan, serta mengikut tertibnya.
Firman Allah yang bermaksud :
“ Bacalah
serta ikutlah ( wahai Muhammad ) akan apa yang diwahyukan kepadamu daripada
al-Quran, dan dirikanlah sembahyang ( dengan tekun ); sesungguhnya sembahyang
itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar.”
( Q 29 : 45 )
3.2.2 Berpuasa
Berpuasa ialah menahan diri daripada makan dan
minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa di siang hari. Puasa juga terbahagi kepada dua iaitu puasa
wajib dan puasa sunat. Puasa wajib
seperti puasa di bulan Ramadhan dan Nazar manakala puasa sunat seperti puasa
hari Isnin, Khamis, Rejab, Syabaan dan sebaginya.
Puasa ini mendorong seseorang kepada sifat sentiasa
bersabar dalam menempuhi segala rintangan di dunia ini. Kesabaran yang tinggi menjadi benteng
kekuatan akidah seseorang.
Menurut Imam Ghazali (1988 ), sebesar-besar nikmat
yang pernah dikurniakan Allah keatas hamba-hambaNya ialah dengan menjadikan
puasa itu benteng bagi para wali, dan perlindugan bagi mereka dari segala tipu daya
syaitan dan angan-angannya, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang
bermaksud:
“ Puasa itu
separuh kesabaran “
Allah telah berfirman yang bermaksud:
“
hanyasanya orang-orang yang bersabar itu dipenuhi pahala tanpa perhitungan.”
(
az-Zumar : 10 )
3.2.3 Mengerjakan Haji @ Umrah
Amalan ini hanya boleh dilakukan orang seseorang
yang mempunyai kemampuan untuk menunaikan di Makkah. Amalan ini juga merupakan cara untuk menjaga
dan memantapkan akidah seseorang hamba.
Haji itu pula merupakan salah satu daripada Rukun Islam dan sendi-sendinya yang
terkuat, diwajibkan sekali seumur hidup.
Dengan menyempurnakan ibadat Haji itu akan tersempurna pulalah Islam
seseorang itu dan lengkaplah agamanya.
( Imam Ghazali, 1988 ).
Firman Allah yang bermaksud:
“
Permaklumkanlah kepada sekalian manusia itu untuk melakukan ibadat Haji,
niscaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan mengenderai ( unta
dan lain-lain ) mereka itu akan datang dari segala ceruk penjuru yang jauh.”
( al-Haj: 27 )
3.3 Amalan hati ( Akhlak )
Akhlak yang baik rentetan daripada amalan roh dan
jasmani yang kuat dan teguh. Sekiranya
kedua-dua amalan tersebut mempunyai tunjang dan akar yang kukuh maka terbaiklah
akhlak seseorang itu. Begitu juga
sebaliknya sekiranya amalan lemah dan buruk maka akhlak seseorang itu kurang
baik atau buruk. Oleh itu, kekuatan
akidah juga berkaitan rapat dengan amalan hati atau akhlak seseorang.
3.3.1 Adab dan akhlak Rasulullah s.a.w
Kita sebagai ummat Rasulullah tahu dengan akhlak
Nabi Muhammad s.a.w yang mulia dan terpuji.
Oleh itu, untuk menjaga dan memantapkan akidah seseorang perlu mempunyai
akhlak yang terpuji seperti akhlak Rasulullah s.a.w. sebab itu Rasulullah s.a.w telah bersabda
yang bermaksud:
“ Aku telah diutuskan semata-mata untuk
menyempurnakan budipekerti yang mulia.”
3.3.2 Suka
memaafkan orang lain
Sifat
ini merupakan sifat seseorang yang mempunyai kekuatan iman dan keteguhan taqwa
dalam diri. Kekuatan untuk memaafkan
kesalahan orang lain dapat mengelak seseorang daripada berdendam dan bermusuhan
dengan sesiapa pun. Oleh itu, sifat yang
mulia ini merupakan akhlak yang dapat memantapkan akidah seseorang.
Menurut
Dr
Muhammad & Syeikh Abdullah (2002), Siti ‘Aisyah r.a pernah ditanya tentang
akhlak Rasulullah s.a.w, kemudian dia menjawab,
“ Akhlak Nabi s.a.w adalah Al-quran.”
Baginda
redha kerana Al-quran, dan baginda marah juga kerana Al-quran.
3.3.3
Bersifat mahmudah
Sifat
mahmudah ialah sifat yang baik seperti selalu memberi salam, jujur, amanah dan
mempunyai hubungan yang baik dengan manusia.
Sifat ini berlawanan dengan
sifat-sifat keji ( mazmumah) iaitu sombong, hasad dengki, pemarah dan
sebaginya.
Penerepan
sifat yang mulia ini mendorong seseorang melakukan amalan-amalan yang menjerus
kepada keredhaan Tuhan yang Maha Esa. Hal ini secara langsung dapat
meningkatkan keyakinan dan keteguhan akidah seseorang hamba.
3.3.4 Amar
ma’ruf nahi mungkar
Seseorang
hamba yang memiliki akidah yang teguh dan kuat sering berpegang teguh kepada
sifat tersebut. Hal ini kerana mereka
tidak mahu melihat kerosakkan berlaku dalam masyarakat amnya ummat Islam
khususnya.
Sesungguhnya,
telah rugilah orang-orang yang melakukan kezaliman. Perintahkanlah yang ma’ruf dan cegahlah yang
mungkar selagi kamu selamat di masa ujian ini.
Ingatlah bahawa jika kemungkaran itu tetap berlangsung, maka akan
rosaklah kehidupan rumah tangga dan masyarakat . Sedang hakikatnya kamu telah mengetahui yang
demikian itu sepenuhnya ( Menurut Dr
Muhammad & Syeikh Abdullah, 2002).
Diriwayatkan
dari Nabi s.a.w bahawa baginda telah bersabda yang bermaksud:
“ Sesungguhnya jika manusia melihat kemungkaran,
kemudian tidak berusaha mengubahnya, maka Allah akan menyegerakan seksa
daripada-Nya yang merata atas mereka.”
4.0 PERKARA-PERKARA
YANG MEROSAKKAN AKIDAH
Kekuatan dan keteguhan akidah seseorang hamba
sentiasa dalam keadaan turun naik.
Namun, kerosakkan akidah juga akan berlaku kepada seseorang hamba secara
sedar atau tidak sedar. Pengetahuan
tentang perkara-perkara yang boleh merosakkan akidah yang sering dilakukan oleh
golongan remaja mahupun dewasa perlu dihindari. Oleh itu, amatlah penting mengetahui
perkara-perkara ini supaya seseorang tidak mudah terjebak.
4.1 Syirik
Kamus Dewan (2000) mentakrifkan syirik sebagai
perbuatan menyekutukan Allah dengan yang lain seperti beribadah kepada selain
Allah dengan menyembah patung, tempat keramat dan sebagainya. Manakala dari sudut istilah syarak, syirik adalah dosa yang paling besar dan tidak
diampunkan oleh Allah SWT di Hari Akhirat.
Yusuf Qardawi (1986) menjelaskan seseorang yang menjadikan Allah
SWT sekutu dengan sesuatu yang berhak untuk Allah SWT. Seperti seseorang menjadikan selain Allah
satu Tuhan atau beberapa Tuhan lalu disembah atau ditaati atau dipohon
pertolongan kepadanya atau mencintainya atau seumpamanya di mana itu sama
sekali tidak layak kecuali hanya Allah sahaja. Sebagaimana firman Allah SWT
yang bermaksud :
“ Hanya
kepaduMu lah kami beribadah dan hanya kepaduMu lah kami minta pertolongan ”
(
Al-Fatihah: 5 )
Syirik terbahagi kepada dua iaitu syirik nyata dan
ada syirik tersembunyi, halus, susah melihat dan mendapatkannya. Syirik nyata bila di samping mempercayai
Tuhan Maha Esa, lalu mempercayai Tuhan lain.
Syirik tersembunyi pula ialah bila seseorang mengerjakan sesuatu kerana riyak. Baik syirik nyata dan
tersembunyai semuanya dosa besar ( Bey Arifin, 1982 ).
4.2 Meniru
amalan orang bukan Islam
Menurut Mohd Masri
(2011) Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :
“Barangsiapa
yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada mereka.”
( HR. Ahmad dan Abu Daud. Syaikh Al Albani
mengatakan hadis ini sahih Irwa’ul Gholil no. 1269)
Ini termasuklah merayakan sambutan atau budaya
orang bukan Islam seperti Krisma, Hallowen. Termasuk juga meniru pakaian yang
menjadi ciri khusus orang kafir, dan cirri khusus ajaran sesat seperti black
metal, skinhead dan lain-lain. Apa sahaja yang melambangkan orang kafir atau
golongan fasiq hendaklah dijauhi. Hal
ini boleh merosak akidah seseorang.
4.3 Merasakan hukum hakam Islam tidak sempurna
Pernah seorang pelajar perempuan tingkatan tiga
menyatakan kenapa perempuan kena pakai tudung, lelaki tidak, dan dia menyatakan
bahawa ia tidak adil. Perkataan seumpama ini boleh merosakkan akidah kerana ia
menunjukkan kita tidak yakin dengan kesempurnaan hukum hakam Allah.
Hendaklah seseorang
yakin bahawa Islam agama yang sempurna. Segala peraturan yang ada di dalamnya adalah
sempurna. Jika seseorang benar-benar
beriman Allah Maha Bijaksana, kenapa perlu kita meragui keputusannya ( Mohd
Masri, 2011 )
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Apakah hukum Jahiliyah yang mereka
kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi
orang-orang yang yakin?”
(Al-Maidah : 50)
4.4 Percaya
kepada sial
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda
bermaksud:
“Tidak
boleh menjangkitkan penyakit, tidak boleh mempercayai nasib yang baik atau
buruk pada burung, tidak boleh mempercayai Hama dan tidak boleh (mempercayai
kecelakaan) pada bulan Safar, dan larilah kamu dari penyakit Kusta sebagaimana
kamu lari dari seekor singa”
([Sahih
al-Bukhari secara ta’liq)
Ini termasuk mempercayai jika ada biawak melintas
ada nasib buruk, jika pinggan pecah ada sesuatu tidak elok berlaku dan
sebagainya. Termasuk juga apa yang disebarkan melalui drama-drama mahupun movie
tentang pen yang membawa tuah dan sebagainya ( Mohd Masri,2011).
4.5 Menghalalkan yang haram dan mengharamkan
yang halal
Kerosakkan akidah seseorang banyak berlaku akibat
daripada kurangnya keyakinan terhadap hukum hakam yang telah ditetapkan dalam al-Quran
dan Hadith. Sesetengah golongan
masyarakat menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah SWT. Perkara ini banyak berlaku dalam urusan jual
beli seperti riba.
Menurut Dr
Muhammad & Syeikh Abdullah (2002), ketahuilah bahawa termasuk dosa besar
adalah bersikap tidak peduli terhadap ketentuan-ketentuan yang telah digariskan
dan berlaku zalim terhadap manusia sesama dengan mengambil riba dalam melakukan
berbagai akad. Dan ketahuilah pula
bahawa harta riba adalah haram, melenyapkan keberkatan dan mengantarkan
perlakunya ke dalam neraka. Ia
juganmendekatkan pemakannya untuk dibangkitkan dalam keadaan berdosa dan
terusir dari jalan menuju syurga. Maka
berjalanlah ia di lorong-lorong neraka, dan itulah seburuk-buruk jalan yang
disediakan untuknya.
Rasulullah s.a.w bersbda yang bermaksud:
“ Riba
itu ada tujuh puluh pintu, dan yang paling ringan dalam pandangan Allah adalah
seperti orang yang menikahi ibunya.”
5.0 KESIMPULAN
Kekuatan
dan keteguhan akidah umat Islam pada masa kini semakin jauh dari landasan agama
Allah SWT yang sebenar-benarnya. Umat Islam perlu bangkit dari lena dan terus
bangkit memperjuangkan agama Allah agar tidak dipersenda-sendakan oleh
musuh-musuh Allah SWT. Hal ini kerana
dengan ada kekuatan dan keteguhan akidah menjadi faktor Agama Islam berdiri
dengan teguh dan kukuh.
Kebergantungan
dan kepercayaan seseorang kepada yang Maha Esa perlu dititik beratkan untuk
mendapat idayah dan bantuan Allah SWT.
Ini merupakan asas kepada keteguhan akidah seseorang. Selain itu, penguasaan ilmu pengetahuan
tentang akidah, ibadah dan akhlak perlu diteruskan supaya amalan-amalan seseorang tidak
terpesong dari landasan Agama Islam yang sebenar-benarnya.
Menurut
Imam Ghazali ( 1988 ), Allah SWT telah mengurniakan nikmat ke atas
hamba-hambaNya dengan mengutuskan NabiNya ( Muhammad s.a.w ) dan menurunkan
kitabNya yang tiada didatangi kebatilan dari hadapan atau belakang, sehingga
terbentang luas bagi para ahli fikir jalan mengambil iktibar atau
contoh-tauladan dari padanya; iaitu dikeranakan ianya mengandungi banyak cerita
dan berita. Dengan adanya al-Quran, nyata-teranglah bagi ummat manusia jalan
kukuh yang harus ditujui dan titian lurus yang harus dilalui, kerana dalam
al-Quran itu terdapat belbagai-bagai hokum yang memerbedakan di antara yang
halal dengan yang haram. Al-Quran itu
laksana cahaya yang menerangkan, yang mana dengannya manusia akan terselamat
daripada kemegahan diri, dan sebagai penawar yang mengubati segala jenis
penyakit yang bersarang di dalam hati.
Berfirman
Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud:
“ Sesungguhnya kami ( Allah ) menurunkan peringatan (
al-Quran ) dan Kami pasti memeliharanya.”
( al-Hijr : 9 )