Friday, 29 June 2012

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu                                                                                                   
Tahun : 2
Bil. Murid : 25 orang
Tema : Kebersihan
Tajuk : menjaga kebersihan diri
Tarikh : 2 Mei 2012
Masa : 10.30-11.30 pagi (1jam)

Objektif
Pada akhir pelajaran murid dapat :-

1.    Mendengar dan mengecam perkataan yang berkaitan dengan anggota badan dan bukan anggota badan.

2.    Menyebut dan  mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup yang didengar dengan betul dan tepat.

3.    Memahami dengan memberi makna perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata dengan sebutan yang betul.

Hasil pembelajaran :-

1.    Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan betul dan tepat

2.    Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.

3.    Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi dua atau tiga suku kata. Diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.

Pengisian kokurikulum:-
Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Sistem Bahasa : Tatabahasa; kata nama dan kosa kata
Ilmu : pendidikan sains (anggota badan), Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Moral
Nilai : Menjaga kebersihan anggota badan

Kemahiran Bernilai Tambah (KBT)
1.    Kemahiran Berfikir : Menghubungkaitkan, mencirikan, mengimbas kembali,
2.    menilai, penjanaan idea.
3.    Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, verbal-linguistik
Konsep 5P:
1.    Penggabungjalinan
2.    Penyerapan
3.    penilaian
Pengetahuan Sedia Ada : Murid sudah mengetahui macam menjaga kebersihan diri
Bahan Bantu Belajar : powerpoint, lirik lagu , lembaran kerja, dan kad perkataan.



MASA /LANGKAH
ISI PELAJARAN
AKTIVITI P&P
CATATAN

Set Induksi (5min)


Murid-murid menyanyi lagu
“ Bangun Tidur”

1. Guru mengaitkan aktiviti
dengan tajuk pelajaran

Strategi : Main peranan , menyanyi

Nilai: kerjasama

Lampiran 1

Langkah 1
(15 minit)

Guru menamakan anggota badannya kepada murid dan murid mendengar dengan teliti.




Muird diminta menyebut semula anggota badan yang disebutkan oleh guru secara individu, kumpulan atau kelas




Strategi: penerangan guru melalui gambar anggota badan dan kad perkataan.

Nilai: kerjasama

Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur




Langkah 2
(15 minit)

Guru menyebut perkataan yang berkaitan dengan anggota badan yang ditunjukkan.

Guru juga menyebut perkataan suku kata terbuka dan tertutup.

Murid menyebut semula anggota badan dan perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan guru.










Murid mengecam perkataan yang didengar lalu menyentuh bahagian masing-masing.

Strategi: penerangan guru dan
Kad perkataan.

Nilai: keyakinan

Kemahiran:
Mengimbas kembali,
menghubungkaitkan,
penjanaan idea
Kemahiran Bahasa : Mendengar dan bertutur

.
Kemahiran Pelbagai : Interpersonal.


Ilmu:
Pendidikan sains dan pemulihan bahasa dan bacaan

Langkah 3
(15 minit )


Murid-murid membuat  gerak kerja berkumpulan.


Murid diminta mengeja dan membaca kad perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan suku kata tertutup seterusnya memadankan dengan gambar  yang  diberi.


Murid mengeja dan membaca semula perkataan yang telah disuaikan dengan gambar menggunakan sebutan yang betul


Strategi: guru pemudah cara, kad perkataan dan gambar anggota badan

Nilai : kerjasama

Kemahiran Pelbagai : Interpersonal



Lampiran 2











Penutup
(5min)

Penutup kognitif
Membuat
rumusan isi
pelajaran

Penutup sosial
Memberi pujian
dan motivasi

Guru menyimpulkan
pelajaran.

Guru memberi pujian dan
dorongan kepada murid
supaya berusaha membaiki
pembacaan.

Strategi ; penerangan guru

Nilai: keyakinan diri




Bangun tidur ke terus mandi
Tidak lupa mengosok gigi
Habis mandi ku tolong ibu
Membersihkan tempat tidur ku
              Bangun tidur ke terus mandi
Tidak lupa mengosok gigi
Habis mandi ku tolong ibu
Membersihkan tempat tidur ku
                        Muzik –Agus T.M
                                      Vokal-Zahra